MEMBUAT DAN MENERIMA PELBAGAI JENIS TEMPAHAN KEK

Nama

: ELISA M SHAFIE

Umur

: 39 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Elisa merupakan pemilik Deann Cake & Pastry. Beliau membuat dan menerima pelbagai jenis tempahan kek. Sesuai untuk semua majlis seperti Ulang Tahun Perkahwinan,Ulang Tahun Kelahiran, Kek Perkhawinan, Kek Pertunangan dan Majlis Kesyukuran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menurut Puan Elisa, sebelum ini dia sememangnya kurang mahir dalam penggunaan komputer, dan juga kurang mahir bagaimana untuk menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ke Pusat Internet Kg Padang Jambu dengan mengikuti kawannya ke program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Padang Jambu dan disitulah dia mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaannya secara online dengan lebih efektif. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer.

.....................................................................................................................................................................................

JAHITAN PAKAIAN WANITA

Nama

: NOR AINI BINTI HUSSIN

Umur

: 39 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Aini seorang suri rumah tangga. Beliau belajar menjahit untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau menerima tempahan menjahit baju kurung biasa / moden , jubah dewasa dan kanak-kanak dan pelbagai jenis pakaian lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menerima tempahan pelanggan dari saudara mara,jiran dan kawan-kawan sahaja. Pelanggan juga tidak ramai kerana beliau tidak menjalankan promosi untuk memperkenalkan perkhidmatan servis beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tempahan jahit beliau semakin bertambah. Ini kerana, beliau banyak menjalankan promosi dalam masa sama beliau cuba mencari idea baru serta kelainan menerusi internet. Beliau juga banyak menjalankan promosi menerusi facebook,whatssup dan lain-lain.