BELAJAR INTERNET (LAMAN WEB PEMBELAJARAN)

Nama

: TG NUR DAYINI BT TG ROSLI

Umur

: 17 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Tengku Nur Dayini merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Padang Jambu dan bakal pelajar SPM 2018. Beliau merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik dan tinggal berdekatan dengan Pusat Internet Kampung Padang Jambu yang memudahkan kan dia untuk datang belajar di sini dan guna kemudahan yang ada untuk pembelajaran dan membuat kerja kursus untuk SPM.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu Dayini memang kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office tetapi tahu serba sedikit dalam penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kerap kali mengikuti kelas atau program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu kini Dayini mahir dalam penggunaan komputer. Dayini masih lagi mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet Kg Padang Jambu. Dayini menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran membuat kerja-kerja kursus SPM. Dia juga mempelajari dengan lebih meluas penggunaan Microsoft Office seperti excel dan word.