MENJALANKAN PERNIAGAAN AISKRIM HOMEMADE & KATERING AISKRIM

Nama

: UMMI SALIMAH AKMAL BT MUHAMMAD

Umur

: 35 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Aiskrim Tuah adalah aiskrim homemade, di mana kami proses sendiri stok aiskrim menggunakan bahan-bahan yang selamat dan tidak menggunakan bahan pengawet.. Resepi yang diolah dari resepi asal menjadikan rasa aiskrim yang lebih enak dan mampu menarik perhatian kanak-kanak mahupun dewasa.Aiskrim Tuah beroperasi setiap minggu di Pasar malam Sura Gate Dungun dan Pasar malam Taman Rakyat Dungun. Kami juga beroperasi di Pasar Besar Dungun.Kami menerima tempahan untuk pelbagai majlis kenduri kahwin, sukaneka, majlis hari lahir, rumah terbuka dan lain-lain di Dungun dan kawasan sekitarnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menurut beliau, penggunaan internet pada masa kini amat penting. Untuk mencapai kejayaan, beliau telah menggunakan internet sepenuhnya untuk mempromosikan produk aiskrim dan katering aiskrim beliau. Antaranya dengan membuka laman sesawang perniagaan, mencipta emel untuk kegunaan yang lebih efisyen antara perniagaan beliau dan pelanggan serta memuatnaik gambar-gambar produk aiskrim dan mempromosi perniagaan beliau ke dalam akaun facebook dan instagram milik perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan Online Marketing dan My Shop yang diadakan di Pusat Internet Kg. Padang Jambu, beliau kini telah mengetahui pelbagai jenis laman web perniagaan online lain yang dapat mempromosikan produk secara online. Beliau juga dapat belajar cara-cara menggunakan facebook, Instagram dengan lebih meluas lagi dan cara-cara mempromosi perniagaan menggunakan FB Ads dan Business Instagram. Beliau juga mempelajari penggunaan My Shop Dashboard untuk mempromosikan produk.

.....................................................................................................................................................................................

USAHAWAN BUTIK WARNA WARNI COLLECTION

Nama

: AINONG BINTI MUDA

Umur

: 59 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Ainong Muda merupakan pemilik Butik Warna Warni Collection. Butik ini menjual pakaian wanita,jubah,baju kurung, telekung, Tudung Nur Kasih, Tudung Neelofa dan pelbagai lagi ( Stokis kerteh). Butik ini terletak bersebelahan dengan kedai Insurans Isma Cemerlang di Kertih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ingin mempromosikan butik dan perkhidmatan milik beliau di semua media sosial selain facebook dan beliau ingin butik beliau dikenali ramai. Oleh sebab itu, beliau mengikuti kelas Online Marketing dan My Shop Dashboard untuk mencari pengetahuan dan meluaskan perniagaan milik beliau di media sosial. Beliau juga ingin mengetahui cara-cara mempromosikan perniagaan dengan betul di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Online Marketing dan My Shop Dashboard yang diadakan di Pusat Internet Kg. Padang Jambu, beliau kini telah mengetahui pelbagai jenis laman web perniagaan online lain yang dapat mempromosikan produk secara online selain facebook  yang dapat mempromosikan butik beliau.Pendapatan bulanan beliau semakin tinggi setelah mempromosi perniagaan di laman web perniagaan secara online yang lain. Juga beliau dapat belajar cara-cara yang betul mempromosikan perniagaan melalui media sosial.