Premier Leko adalah produk unik yang dilhamkan dari produk Asal Keropok LEKOR dipasaran. Ianya telah di olah menjadi sebuah produk berINOVASI baru yang mengabungkan beberapa perisa antarabangsa sebagai cetusan baru di pasaran negara sekaligus menjadikan produk tradisi melayu menjadi produk antarabangsa.Terdapat 5 Perisa yang dijadikan asas utama produk kami iaitu  Original, Kari, Tandoori, Lada Hitam, Keju.

Sebagai syarikat bumiputera asal Terengganu adalah menjadi kebanggaaan kami apabila dapat mempopularkan masakan tradisi negeri sendiri ke pasaran luar kerana dengan ada nya 5 perisa ini , akan menjadikan produk ini lebih bercirikan masakan 1Malaysia. Kami merupakan syarikat PERTAMA yang mengilhamkan KEROPOK LEKOR BERPERISA. Ini sekaligus menjadikan produk kami tiada saingan di pasaran.

Antara kelebihan lain PREMIER LEKO adalah, kami tidak mencampurkan MSG (serbuk perasa) yang kebiasaannya terdapat di dalam produk Lekor yang ada. Bagi menggantikan bahan serbuk perasa itu. kami mencampurkan GARAM BUKIT sebagai bahan utama. Terdapat banyak kelebihan GARAM BUKIT yang anda boleh rujuk kepada bahan yang sihat untuk pemakanan kesihatan. Slogan yang kami gelar “RESEPI TRADISI , CITARASA ANTARABANGSA” diambil sempena wujudnya lima perisa ini. Campuran bahan utama IKAN juga melebihi 65% berbanding keropok lekor pasaran luar.

PREMIER LEKO yang bernaung dibawah ALIFF JAYA TRADING & SERVICES juga menjadi pelopor kepada produk berstatus GMP dan HALAL dan sangat-sangat prihatin dari segi menjaga kebersihan pembungkusan ketika proses produk ini dilakukan.Kami menjanjikan PREMIER LEKO pasti membuat anda tercari-cari selepas anda makan. INI BARU NGAMMM.

~ Pengusaha : ALIFF JAYA TRADING & SERVICES

~ No Telefon : 0179100481Call atau whatsaap ) 

~ Alamat : Kerepok Lekor Aliff Jaya Trading & Services ,Pulau Serai Dungun

~ Facebook : https://www.facebook.com/premierleko.dungun

~ Website : www.premierlekor.com